Permohonan untuk Geran Khas PRIHATIN untuk perniagaan Mikro telah dibuka pada 1 Mei 2020 HINGGA 15 Mei 2020 yang diselia oleh pihak LHDN. Para peniaga kecil boleh membuat permohonan di pautan ini :https://gkp.hasil.gov.my/

Sehubungan itu Hasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) akan beroperasi seperti biasa pada 01 dan 02 Mei 2020 dari 9.00 pagi - 4.30 petang bagi menjawab sebarang pertanyaan berkaitan GKP.
Selain menghubungi HCL, orang ramai juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan GKP kepada LHDNM melalui:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
Kami sediakan langkah-langkah dan panduan pengisian permohonan GKS.
Buat akaun/Daftar
isikan No IC,
Isikan No Poskod dan Bandar (seperti dalam IC) untuk pengesahan
bina kata kunci keselamatan
jawab 5 soalan keselamatan
Create Pasword
Login GKP
masukkan No ic dan klik semak
sahkan kata kunci anda betul, jika betul klik "ya"
Masukkan kata laluan dan log masuk
klik daftar GKP
Lengkapkan Maklumat Pemohon
Lengkapkan Maklumat Perniagaan
Clik teruskan dan Sahkan Kaptcha untuk pengesahan
Untuk Maklumat lanjut : Soalan Lazim GKP
Comments